UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, March 26, 2009

umno Pengecut - tag Bukit Gantang

KUALA LUMPUR 25 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi amaran kepada penerbit dua akhbar pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan supaya mematuhi penggantungan permit selama tiga bulan atau bakal berdepan tindakan lebih tegas.


Katanya, tindakan menggantung permit kedua-dua akhbar itu dilakukan kerana pihak berkenaan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984."Jika kedua-dua akhbar itu terus ingkar dan degil, kementerian tidak akan teragak-agak untuk menutup premis dan merampas akhbar serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kementeriannya menggantung akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan kerana didapati melanggar AMCP 1984 dengan menyiarkan laporan yang memutar belit fakta.

Syed Hamid berkata, pihaknya telah memberikan peringatan dan amaran serta peluang yang lama kepada penerbit kedua-dua akhbar tersebut untuk mematuhi syarat permit yang diberikan sebelum tindakan itu diambil."Tindakan yang diambil juga telah diteliti dan saya berharap mereka patuh dan tidak berdegil dengan tindakan yang diambil," katanya.

Menurutnya, penerbitan kedua-dua akhbar itu bukan digunakan untuk mempromosikan ideologi parti pembangkang berkenaan tetapi digunakan bagi mengelirukan rakyat dan banyak berunsur fitnah.

UdangLipan:
Awat hampa takut ka? Apa saja yang hampa buat semuanya dapat disangkal oleh pihak pembangkang, lebih baik hampa berterus terang mengatakan sekatan selama 3 bulan kerana ingin menyekat maklumat dan memberi laluan untuk Pemilihan parti hampa, peralihan kuasa dan pilihanraya kecil. Hampa ni memang jenis takdaq teloq, bacui.
Dengan menyekat penerbitan akhbar tersebut, memperlihatkan sikap ketaq lutut hampa dan tanda-tanda parti hampa dah nak mampuih....

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP