Berita Mana Satu Yang Betui Ni - Penanti
Hampa mai pakat baca dua kenyataan yang berbeza yang cheq kutip dari Malaysiakini dan Bernama.
Cheq pun hairan jugak? sat kata kalau keluaq mengundi nanti khianat pada parti, dok tak dok dia menafikan pulak? Tapi yang berkata tu orang yang sama... pelik sungguh la puak-puak umno ni... jenih mulut bercabang-cabang ni bukan boleh percaya lansung nih....
Penanti: 5,000 ahli Umno tidak mengundi: Muda Mohd Noor May 30, 09 9:12am.
Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi. Selanjutnya Malaysiakini
Umno Pulau Pinang Nafi Arah Anggotanya Di Penanti Tidak Mengundi Esok. By: Ramjit-
BUTTERWORTH, 30 Mei (Bernama) -- Umno Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu mengarahkan 5,000 anggotanya supaya tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti esok.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata parti itu tidak pernah memaksa anggotanya supaya tidak mengundi kerana Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya itu.
"Kita tidak pernah paksa supaya mereka tidak pergi mengundi. Terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini. Selanjutnya Bernama
Cheq rasa sah dia ni dah gila kot....., atau pemberita yang menulis ceghita ni pemuhung, dak pun saja putaq belit ceghita... kalau lagu tu kena ambik tindakan saman ni. Berani ka dia nak saman... Nanti Tok Nenek depa tak marah ka.... kalau cakap macam pariah....
1 comments:
Mula-mula arahkan jangan keluar mengundi. Kata kat Malaysiakini.
Bila Najib dengar, Najib pun buat-buat "krooak-krooak" - buang kahak dua tiga kali. Zainal buntang biji mata. Panggil pula Bernama, kata pula boleh keluar mengundi. Kalau tak kena buang ke laut!!!
Post a Comment