UdangLipan. Powered by Blogger.

Wednesday, May 27, 2009

Penanti: Al Kisahnya Sebuah Ceritera

Adalah mengikut cerita sahibul hikayat pada satu ketika dahulu kala bilamana matahari belum sepanas hari ini. Bilamana siang amat panjang dam malam amatlah gelap. Ketika inilah hikayat kita ini berceritera.Pada suatu hari hujan yang maha lebat telah turun. Petir sabung menyabung. Datuk Seri dan Mak Seri - berpayungkan daun pisang – sedang cuba mencari-cari tempat untuk berteduh. Datuk Seri temengah-mengah berjalan. Mak Seri perlahan-lahan mengheret badannya seperti seekor penguin.

Setiap kali Mak Seri menapak kedengaran guruh berbunyi dan bumi berkocak.Akhirmya mereka sampailah ke satu kawasan yang amat permai dengan tasik yang maha luas. Sebuah istana tersergam indah tetapi tidak kelihatan seorang manusia pun. Di tepi istana ada sebuah rumah dua tingkat berdiri anggkuh sebagai pusat kawalan.Apabila Mak Seri ternampak rumah ini maka dengan cepat Mak Seri membuangkan payung daun pisangnya dan terus menaiki tangga rumah.

Dengan perlahan-lahan Mak Seri membuka pintu. Mak Seri terpaksa mengerengkan badan untuk meloloskan diri masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Mak Seri sampai ke tengah rumah – rumah ini mula bergegar dan akhirmya runtuh rantah.Mak Seri tersembab jatuh. Bumi yang tidak tahan menerima berat badan Mak Seri mula bergocak. Istana bergegar sama dan akhirya runtuh. Tidak di sangka-sangka gegaran menjadi gempa. Goncangan dari kejatuhan badan Mak Seri ini telah memecahkan tebing tasek. Maka ditakdirkan tasek yang maha luas ini pun pecahlah. Air pun berbuih-buihlah mengombak keluar.

Maka saentero bumi pun mula di tenggelami air. Maka banyaklah binatang dilanggar air. Semua lintang pukang ingin menyelamatkan diri. Halilintar bergema memecah bumi. Para dinosaur bergegak gempita cuba menyelamatkan diri. Ada yang hanyut. Ada yang terapung. Ada yang tenggelam. Yang terapung menjadi cicak. Yang tenggelam menjadi buaya. Yang selamat menemui daratan merangkak hingga ke Melaka untuk menjadi buaya darat yang suka memakan kanak-kanak perempuan.Ketika bumi tenggelam rupa-rupa nya Datuk Seri telah menjadikan badan Mak Seri sebagai pelampong.

Setelah lama terapong, pada satu hari yang maha panas pelampong Datuk Seri telah tersangkut di sebatang kayu. Hari demi hari semakin banyak kayu dan sampah sarap tersangkut di pelambong. Bila air mula kering maka muncul tanah daratan yang menjadi benua dan gunung.

Ada tanah yang menjadi pulau. Pelampong Datuk Seri ini telah membukit kini kering untuk menjadi sebuah pulau yang kemudianya dipanggil pulau Putera Indera. Maka Datuk Seri pun turunlah dari pelampongnya dan terus membuka negeri di Putera Indera. Demikian seadanya mengikut kesah sahibul hikayat bermulanya akan asal usul terjadinya kesah hikayat kita ini. Seribu tahun kemudian di Pulau Putra Indera pada tahun 3089 al-kesah ini disambung lagi.

Datuk Seri Menggeliga sedang duduk termenong memikirkan masalah yang sedang dihadapinya. Dia menggaru kepala. Tiga helai rambutnya tercabut. Dia menggaru-garu lagi tiga helai lagi rambutnya tercabut. Dia sedang berhadapan dengan satu pilihan – nak bersabung atau tidak bersabung.‘Cam na ni Datok.. ayam kita nak masuk gelanggang atau tidak’ suara Tun Bodek pembantu setia yang selalu menasehati Datuk Seri Menggeliga. Datuk Seri buat buat tidak dengar. Telah lima kali ayam sabungnya kalah. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Tun Bodek untuk memastikan ayam sabung Datuk Seri menang.

Datuk Seri pernah mengarahkan Setia Perwira Rangga tuan punya gelanggang untuk mengalih gelangang, mencari tempat basah agar ayam sabung seterunya akan kuyup. Ini juga gagal. Kemudian Setia Perwira Rangga telah dua kali menaburkan racun di kawasan gelanggang. Ini juga gagal. Kerana semua ini gagal Setia Perwira Rangga telah diperintahkan oleh Datuk Seri untuk menetapkan tidak lebih dari lima ribu orang sahaja yang boleh datang untuk menonton pesta sabung ayam ini.

Mengikut pandangan dan nasehat Tun Bodek jika tidak ramai orang yang datang melihat sabung maka semangat ayam dari seteru Datuk Seri akan berkurangan. Musuh ketat ayam sabung Datuk Seri ialah orang kampong yang bernama Tok Rayat. Tok Rayat ini ada memiliki ayam sabung yang cukup hebat. Mengikut kesahnya ayam sabung Tok Rayat ini datangnya dari baka ayam piliharaan orang asli Hulu Semantan. Ayam orang asli ini dikatakan hasil dari kacokan helang batu dengan ayam denak. Hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan ayam sabung Tok Rayat.

Datuk Seri terus berfikir. Dia sedar akan tradisi rakyat Putera Indera, sesiapa yang telah kalah sabung lebih dari tujuh kali maka orang ini akan di hanyutkan ke dalam sungai. Datuk Seri tak sanggup lemas tenggelam. Datuk Seri risau kalau dia kalah lagi maka semua penyokongnya akan melarikan diri. Mereka tidak akan sama-sama bersorak di gelanggang untuk menyokong ayam sabung Datuk Seri. Pening kepala Datuk Seri. Dia wajib memberi jawapan secepat mungkin sama ada hendak menyabung atau tidak. Datu Seri menggaru kepala lagi. Tidak ada lagi rambut yang sanggup gugur. Kali ini yang gugur hanyalah kelimomor yang telah lama bersarang di kepalanya.

Datuk Seri sedar dia telah merancang dan membuat pelbagai onar agar ayam Tok Rayat dapat dikalahkan. Kali ini dia telah putus akal. Telah lima kali dia kalah. Jika dua lagi dia kalah maka sohehlah dia akan dihanyutkan. Ada satu pekara yang amat-amat menyakitkan hati Datuk Seri ialah dari hari ke jam, dari jam ke minit, semakin ramai orang datang bersorak dan bertaruh.

Sabung belum bermula orang ramai telah bertaruh. Tetapi orang ramai ini semuanya meramalkan yang ayamnya akan kalah. Cukup perit hati Datuk Seri. Malah Datuk Seri telah mendapat tahu dari Tok Bodek bahawa ramai wartawan dan majalah dari luar negara termasuk ESPN Sport Channnel telah meramalkan yang ayam sabung Datuk Seri akan mengelupur kena taji oleh ayam Tok Rayat. Satu ketika dahulu Datuk Seri Menggeliga telah memberi alasan bahawa yang menjaga reban ayam sabung adalah Datuk Seri Paduka Tido. Datuk Seri Paduka Tido ini amat senang dipersalahkan kerana dia amat jarang turun ke gelanggang. Setiap hari kerjanya hanya bergolek di atas pangkin mengira semut di tepi busut.

Sekarang Datuk Seri Paduka Tido telah hanyutkan maka adalah menjadi tugas Datuk Seri sendiri untuk menjaga ayam sabung di gelanggang. Dalam hati kecil Datuk Seri telah berkata bahawa kalah sabung ini mungkin cerita biasa tetapi ada satu lagi pekara yang amat-amat di takuti oleh Datuk Seri. Macam Pak Pandir yang menyimpan rashia takut apabila mendengar Mak Andeh menyanyikan pantun Tok Tok Kai Serondong Batang, Datuk Seri ada satu rashia yang amat-amat ditakutinya. Bayangkan setiap kali di adakan pesta sabung ayam maka seluruh rakyat Putera Indera akan datang. Dalam pesta ini pasti ramai orang datang berjaja dan berjual.

Keramaian seperti ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat. Datuk Seri tahu ketika berpesta seperti ini besar kemungkinan rashianya akan terbocor. Datuk Seri takut bila behadapan dengan orang ramai, entah-entah rahsianya akan bocor. Tetapi Datuk Seri sedar bahawa hanya dua orang sahaja yang tahu rahsia dirinya. Dua orang ini adalah Datuk Baginda dan Dol Air Batu. Datuk Baginda ini pada satu ketika dahulu amat dipercayai oleh Datuk Seri. Tetapi , walau pun dipercayai, ada kemungkinan Datuk Baginda ini telah memberi tahu isterinya tentang rahsia Datuk Seri Menggeliga.

Untuk memastikan yang rahsia Datuk Seri ini terselamat, pada satu malam yang gelap gelita Datuk Baginda dan anak bininya telah dihanyut ke dalam sungai. Lalu tugas Datuk Baginda ini telah diambil oleh Tun Bodek. Hingga ke saat hikayat ini ditulis Datuk Seri amat senang kerana Tun Bodek ini dari hari ke hari semakin jelas menunjukkan kesetiaan kepadanya. Tetapi bagaimana Datuk Seri akan dapat menutup mulut Dol Air Batu? Siapakah sebenarnya Dol Air Batu yang menakutkan Datuk Seri ini? Sebenarnya Dol Air Batu ini tidak pernah bertegur sapa dengan Datuk Seri. Dia hanya peniaga kecil yang berbasikal ke hulu ke hilar sekeliling kampong berjaja.

Setiap kali jika ada pesta menyabung ayam maka Dol Air Batu ini akan membesarkan sedikit perniagaan. Dia akan ke bandar untuk membeli air batu kerana dia tahu ketika pesta sabung menyabung orang yang bersorak sorak akan dahaga - air batu sirapnya akan laris. Pada pesta yang lepas Dol Air Batu telah membeli loceng untuk digoyangkan agar bunyi kling kling loceng akan menarik perhatian bakal pelanggan. Di pesta menyabung yang terakhir inilah Datuk Seri telah terdengar lonceng Dol Air Batu. Datuk Seri ternampak orang berkumpul mengelilingi basikal Dol Air Batu.

Apabila Datuk Seri merapati basikal Dol Air Batu, dia tergamam dan hampir jatuh pengsan. Datuk Seri macam tidak percaya apa yang terkeluar dari mulut Dol Air Batu. Sambil mengoyangkan locengnya Dol Air batu telah melaungkan ‘ ais skrim baru.. ais krim mangnolia.. ais krim magnolia…air skrim mongolia…’ Ketika itu dengan serta merta badan Datuk Seri mengigil dan mukanya menjadi pucat. Datuk Seri berfikir apakah Dol Air Batu tahu rahsianya.

Dia hampir jatuh pengsan. Nasib baik Tun Bodek cepat datang membantu.‘Cam mana ni Datuk… orang ramai sedang menanti… tim kita masuk gelanggang atau tidak…’ Suara Tun Bodek kedengaran lagi. Bila mendengar suara ini Datuk Seri tersentak dari ngelamun. Dia bangun dari kerusi dan tercegat berdiri lalu berkata: ' Tidak … kita tidak masuk melawan kali ini…nanti ada orang jual ais skrim dari magnolia pula’. Tun Bodek kehairanan. Dia tidak faham apa maksud dari cakap Datuk Seri.

Sebagai seorang Tun Bodek yang setia walau pun tidak faham tetapi dia berlagak seperti faham.Esoknya Tun Bodek memberi tahu Setia Perwira Rangga yang tim sabung Datuk Seri tidak akan masuk melawan di gelanggang. Langkah cergas yang diambil oleh Tun Bodek ialah mengharam Dol Air Batu dari menjaja ais krim Magnolia di Putera Indera. Semuanya atas arahan Datuk Seri Menggeliga.

(Artikel ini di petik dari Tukar Tiub)

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP