UdangLipan. Powered by Blogger.

Sunday, May 17, 2009

Lagi Isu Majikan Tidak Benarkan Solat!!!! - malaysiakini



Salam... semua, la nie... cheq dah jarang-jarang dan kad...dang-kad...dang baru boleh menaip... sibuk sesangat semenjak dua menjak nih....

Kali ni cheq nak bawak isu... pekerja Islam dilarang menunaikan solat dalam waktu kerja, nampaknya arahan ini jika di lihat secara umum cheq pun amat tidak bersetuju, apa lagi kalau arahan tersebut datangnya dari pengurusan bukan Islam. Tetapi....

Jika difikirkan sebaliknya pula, perkara ini adakalanya berpunca dari pekerja Islam itu sendiri, yang tidak tahu menfaatkan waktu makan tengahari yang ditetapkan untuk menunaikan solat. Itu tidak termasuk lagi pekerja yang menipu mengatakan ambik rehat untuk menunaikan solat, padahal melencong pi sedut sebatang dua rokok atau apa-apa lagi.

Tak terkecuali ada juga pekerja, seperti contoh pada hari Jumaat yang diperuntukkan masanya untuk Fardhu Jumaat, ada juga yang menggunakan waktu tersebut untuk aktiviti lain dan ponteng solat Jumaat.

Cuba bayangkan..., sekiranya perlakuan semua itu di lihat oleh pihak pengurusan yang bukan Islam, apa pula takrifan serta pandangan depa kepada pekerja-pekerja ini. Mustahilkah jika mereka mempertikaikan masa yang diberikan untuk bersolat telah disalahgunakan untuk perkara lain. Siapa yang harus di persalahkan. Janganlah kerana pekerja yang sekoq dua buat perangai, maka pekerja yang taat kepada agama mendapat kesusahan, hampa pikiaq tengok la noooo....

Ni cheq tampalkan surat dari pihak pengurusan sebuah syarikat nih.... yang melarang pekerjanya menunaikan solat... cheq nak tengok... ada dak sesapa dari pihak yang berkuasa keatas isu seperti ini mengambil tindakan atau tutup sebelah mata...


Cheq dah katakan tadi, perkara ini adalah persefahaman kedua belah pihak.... antara pekerja melayu Islam dan pihak pengurusan, maklumlah orang melayu ni bagi cheq jenih suka mengambil kesempatan, walaupun tak semua lagu tu... maksud cheq ada yang jenih... waktu kheja lapan jam depa kheja enam jam... selebihnya... hampa pikiaq la sendiri.

Tapi bila pihak pengurusan berkeras sikit... mulalah tak puashati.... maaflah no... cheq bercakap melalui pengalaman sebagai pekerja bawahan dan kapasiti sebagai pihak atasan jugak..., sebab cheq dah lama naik pangkat... pasai tu cheq berani bercakap soal ni... bukannya nak persalahkan bangsa sendiri dan banggakan bangsa lain...

Untuk cerita selanjutnya dan gambaq yang lebih besaq, hampa melawat di sinilah.

3 comments:

mosabit May 17, 2009 at 11:21 AM  

memang melayu telah dididik oleh ameno ssupa bersifat suka mengambi kesempatan..tak kira ..asalkan boleh diambil kesempatan.bagi rakyat bawahan masa untuk solat pun dia ambil kesempatan untuk buat kerjer PERIBADI.
bagi rakyat atasan dan pemimpin ..apa saja peluang yg boleh diambil kesempatan PERIBADI mereka belasah...kaut gelaran, kaut projek, kaut kuasa.
Jadi kita rakyat sebagai boss syarikat MALAYSIA kena hantar surat arahan dan amaran supaya pekerja kita (Pemimpin lah siapa lagi)ikut aturan dan berdisiplin.
Jika tidak kita pecat dia dalam PRU 13.

Anonymous,  May 20, 2009 at 3:08 PM  

aku nak solat, aku tk peduli apa pengurus nak kata.

Izlan,  May 24, 2009 at 3:54 PM  

Saya rakan kepada En Saiful dlm memo tu. FYI, sykt ni mmg saja cari pasal. Waktu rehat lunch rakan saya tu 12-1pm. So mmg tak sempat nak tunggu zohor. Selepas keluar memo tu, dia telahpun mohon utk tukar waktu lunch ke pukul 1, dan boss membenarkan. Tapi bila dia mohon kunci surau (ya, surau dikunci. Kunci dipegang pengurusan), pada waktu lunch, dia tetap tidak dibenarkan solat, kunci tak diberi, dgn jawapan, "You tak payah sembahyang".

Mmg ada kes staf salahguna waktu solat, tapi dlm kes ni, pengurusan MPE tu laa yg mmg cari pasal.

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP