UdangLipan. Powered by Blogger.

Saturday, August 1, 2009

Altantuya: "UMNO vs PAS sampai bila?"

Topik ni "UMNO vs PAS sampai bila?" memang menarik sebab menyentuh kaum Melayu yang berpegang kepada agama tauhid iaitu Islam. Dan Islam kah kita? Hanya Allah saja yang tahu. Tapi, selagi mana seorang itu mengakui sepenuh hati bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah dan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai panduan. Maka, kita akan kata dia saudara Islam kita. Hanya Alah saja yang Maha Mengetahui segala yang terkandung didalam hati sanubari manusia.


Tetapi bila kita orang Islam (Melayu) dihalang dari mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan larangan, maka orang yang menegah dari kita mengamalkan itu wajib kita tentang. Tentang la sedaya yang kamu mampu untuk menjaga keimanan kita (masyarakat) dan supaya yg buruk tidak menjadi ikutan. Sebaik baik iman ialah sabar dan semulia-mulia iman ialah berjuang (mati) dijalan Allah. Perjuangan ini lah yang ramai memahami dan tidak teliti sebenarnya. Kita umpama hamba yang tidak memahami tuntutan TUANnya (iaitu Allah).

Syaitan (ramai syaitan yg bertopeng manusia) menakutkan kita dengan kemiskinan, padahal rezeki Allah itu dimana-mana. Adakah kamu ingin mempertikaikan ketetapan Allah itu. Dan sesungguhnya, kamu termasuk dalam golongan yang rugi. Kenapa keadaan umat Islam (Melayu) di bumi Melayu ini mundur.

Senang saja, hak kita beragama dinafikan. Hak kita untuk berbincang hal hal agama secara terbuka (public speaking) ditutup sepenuhnya kerana pemerintah takut, itu isu yang sensatif dan takut menjadi porak-peranda. Kalau begitu sampai bila-bila pun yang bukan Islam tidak akan paham dengan tuntutan Islam dalam menjalankan cara hidup. Semuanya inginkan keadilan, hanya dengan perintah Allah saja yg mampu memberi semua keadilan itu. Tetapi, adakah kamu berakal dan adakah kamu berfikir. Tak usah la berselindung disebalik kemunduran bangsa sendiri untuk terus memegang tampuk kuasa kerana sesungguhnya demi Tuhan yang menciptakan segalanya diantara langit dan bumi, bumi Malaysia (sila baca bangsa Melayu) tak ubah seperti kaum-kaum nabi terdahulu yg telah diazab semasa didunia.

Sesungguhnya orang Islam dibumi Malaysia masih tidak sedar lagi akan tuntutan menjalankan hukum Allah ini. Banyakkan lah membaca al-quran ,bukan menyanyi, tetapi memahami.Bumi Malaysia sekarang sudah ada golongan homoseksual, tipu daya dalam berjual beli, bermegah dengan membangunkan bangunan-bangunan tinggi, meranapkan bukit bukau dan lain-lain lagi. Pembangunan dibenarkan dalam Islam, tapi biarlah memadai dan jangan berlebihan kerana itu menimbulkan riak dan takbur.Saya menyeru agar pemuda-pemuda Islam sekalian bangun menuntut pemerintahan Islam sepenuhnya. Dan kepada kaum wanita sila beri sokongan kepada suami atau keluarga anda.

Kita orang Melayu memang cukup pandai menyanyi, tak cukup dengan AF ditambah dgn 1 in Million. Yang sebenarnya, kita memang suka menyanyi bait-bait dan rangkap-rangkap dari al-quran, tetapi amat kurang yg memahami intipati dan kandungan didalamnya.Maka barangsiapa yang mengatakan hukum Allah itu ketinggalan zaman, atau Islam tak sesuai dengan corak kehidupan sekarang, bertaubatlah. Maka sedarlah bahawa janji Allah itu benar dan mahkamah agung di padang mahsyar itu juga benar.

Silap siapakah hukum Islam tak tegak dibumi Malaysia? Silap kita sendiri kerana menzalimi diri sendiri dan lalai dengan tuntutan Islam. Kita disini adalah aku dan kamu yang lupa bahawa Islam itu mempunyai kedudukannya mulia dan teratas dan bukannya perlembagaan dan perundangan yang dicedok dari orang kafir. Ya.... asyik dengan perjuangan bangsa sampai lupa perjuangan Islam. Ini lah yg terjadi apabila ramai tidak memahami al-quran dan tidak mengikuti sunnah.

Memang lubang kubur lain-lain, tetapi kau juga menumpang dibumi Allah yang dihuni oleh aku dan dia (yang lain). Kalau bukan kerana menguruskan jenazah itu fardu kifayah, maka galilah kubur sendiri dan tidurlah didalam kubur supaya kamu paham apa itu maksud "kubur lain-lain". Jangan belagak sombong. Fikirkan sejenak, apa yg kamu ingin bawa bersama apa bila mati?

Dari DepaKata

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP