Era Najib-Altantuya: Benarkah Umno Yang Perjuangkan Kemerdekaan?
Penulis tidak menafikan sumbangan UMNO dalam memerdekakan Tanah Melayu pada waktu itu. Cumanya kejayaan ini sering digembar-gemburkan sebagai kejayaan mutlak milik UMNO.
Perjuangan puak-puak berhaluan kiri dalam menuntut kemerdekaan didiamkan. Jarang sekali kita dapat mendengar komentar mengenai perjuangan mereka, walhal merekalah antara pencetus kemerdekaan ketika UMNO masih lagi diulit mimpi dengan slogan 'Hidup Melayu'.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) antara pertubuhan politik yang aktif sebelum merdeka. Ia ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Ahmad Boestaman, Abdullah CD dan Baharuddin Tahir adalah antara tokoh-tokoh besar dalam PKMM.
Mereka kemudiannya bersama dengan Dato' Onn mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya Pertama yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman. Kongres ini disertai oleh 47 buah pertubuhan Melayu. Seterusnya, pada kongres yang kedua di Istana Besar Johor, UMNO ditubuhkan. Dato' Onn diberi mandat mengetuai UMNO. Pertubuhan-pertubuh an Melayu di dalam UMNO pada waktu itu sebulat suara menentang gagasan Malayan Union.
Pada 29 Jun 1946, PKMM mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO. Keputusan ini dibuat atas dasar prinsip perjuangan pertubuhan itu. Bermula dari saat itu, PKMM mengambil bentuk perjuangan berhaluan kiri yang anti kepada British. UMNO pula ketika itu yang mendapat sokongan kuat dari Raja-raja Melayu dan golongan bangsawan memilih untuk menjadi proksi kepada British.
Jawatankuasa Kerja yang terdiri darpada 6 orang wakil British, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO dibentuk untuk membincangkan draf Perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. PKMM menolak jemputan untuk menyertai jawatankuasa itu kerana berpendapat ia sepatutnya mengambil kira pandangan masyarakat bukan Melayu pada waktu itu.
Akhirnya, apabila draf Perlembagaan Persekutuan siap dan diluluskan, banyak pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu yang menentang draf Perlembagaan tersebut. Mereka bergabung di bawah Pan-Malayan Council of Joint Action(PMCJA) . PMCJA merupakan salah sebuah pertubuhan yang menentang kuat draf Perlembagaan tersebut.
Tan Cheng Lock mengetuai pertubuhan yang terdiri daripada masyarakat bukan Melayu yang bermastautin di Tanah Melayu pada waktu itu. Beberapa siri demonstrasi kemudiannya diadakan bagi menunjukkan penentangan mereka terhadap draf tersebut.
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) kemudian dibentuk. PUTERA menggabungkan 29 buah pertubuhan Melayu termasuklah PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) dan Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) kemudian diangkat sebagai pengerusi.
PUTERA dan PMCJA kemudiannya bermesyuarat bersama dan bersetuju untuk menubuhkan PUTERA-AMCJA. Pakatan yang ditubuhkan ini ternyata menggerunkan British sehingga memaksa Bristih untuk memperkenalkan semula Societies Ordinan bagi menyekat pertubuhan-pertubuh an baru dari menyertai pakatan ini.
Pakatan ini bergerak bersama atas 10 prinsip rakyat. Mereka kemudiannya bersama-sama membentuk draf Perlembagaan sendiri. Ia diberi nama Perlembagaan Rakyat. Perlembagaan ini dibuat dengan berasaskan kepada perundingan bersama semua kaum di Tanah Melayu pada waktu itu. PUTERA-AMCJA meluluskan secara rasmi Perlembagaan ini pada 10 Ogos 1947.
Perlembagaan Rakyat ini mendapat publisiti yang meluas oleh media pada waktu itu. Rapat umum yang diadakan bagi menerangkan kepada masyarakat umum mengenai Perlembagaan itu berjaya mendapat sambutan orang ramai. Ramai yang mula sedar dan bantahan terhadap cadangan Perlembagaan Perseketuan yang direstui oleh British semakin hebat.
Cadangan Perlembagaan Rakyat tidak mendapat perhatian langsung dari pihak British. Pakatan PUTERA-AMCJA mula mengambil tindakan yang lebih keras. Mereka mengumumkan untuk mengadakan Hartal di seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947 bersamaan dengan hari di mana Parlimen British membahaskan Perlembagaan Persekutuan.
Hartal yang dianjurkan oleh pakatan PUTERA-AMCJA itu mendapat sambutan menggalakkan di seluruh Malaya. Semua aktiviti masyarakat dan perkhidmatan tidak bergerak pada hari tersebut.
British tetap berdegil walaupun Hartal tersebut berjaya menunjukkan suara hati sebenar rakyat. Mereka tetap melaksanakan Perlembagaan Persekutuan pada 1 Februari 1948. Bagi memadamkan api amarah rakyat yang semakin membara, British mengisytiharkan darurat pada 18 Jun 1948.
Ancaman komunis dijadikan alasan oleh British pada waktu itu. Banyak pertubuhan-pertubuhan politik diharamkan pada waktu itu. Sebanyak 29, 857 orang telah ditangkap dengan hampir 10,000 orang daripadanya adalah orang Melayu. Mereka telah dituduh sebagai agen komunis.
Banyak sekali coretan sejarah perjuangan mereka yang berhaluan kiri ini dinafikan dan didiamkan begitu sahaja. Walaupun merekalah sebenarnya yang terlebih dulu sedar akan perjuangan kemerdekaan sebelum UMNO.
Penulis memberikan kredit dan setinggi tahniah kepada saudara Fahmi Reza atas usahanya bagi membongkar semula sejarah yang selama ini dikunci dalam peti besi.
Sumber dari: http://demahdali. blogspot. com
UdangLipan: Umno hanya pandai mengambil kesempatan saja, padahal sejarah sebenarnya di sorokkan dari buku sejarah sekolah-sekolah. Lihatlah kini, ramai anak murid tidak mengerti tentang erti perjuangan kemerdekaan. Siapakah pejuang sebenarnya?
"Umno adalah warisan Penjajah British"
1 comments:
baca citer singapura dilanggar todak, apabila ada kakitangan istana cemburu dengan kebijaksanaan seorang budak (Hang Nadim)dapat menghalang serangan todak,disebabkan bijak dia dicemburui kerana bimbang apabila dewasa nanti ianya akan mengancam kedudukan pegawai istana dan sultan sendiri,,so penyelesaiannya Hang nadim mesti dihapuskan. adakah citer ini masih berlarutan dizaman pemerintahan umNO??? yesss ia terus berulang, berulang , berulang...sbbnye melayu mudah lupa,,pikir2kanlah.
Post a Comment