PKFZ: Pendedah Dokumen Kabinet Tak Penting. Siapa Penyamun Yang Penting!!!
Awat la..., sistem perundangan dan siasatan di 1Malaysia ni makin lama kelamaan makin pelik pulak cheq tengok. Dalam kes PKFZ yang hilang belasan bilion hasil kraf tangan pemimpin barisan nasional, tolak pi... tolak mai... semuanya dok berdalih sana sini macam kes VK Lingam jugak, lama kelamaan senyap lagu tu saja.
Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ. BERNAMA
Bila ada orang kemukakan bukti buat pengetahuan rakyat 1Malaysia, depa pakat guna Akta Rahsia Rasmi pulak dah. Talibarut umno dan barisan nasional sedaya upaya cuba nak mengalihkan isu ini, konon nak cari siapa pembocor maklumat dokumen rahsia kabinet isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini.
La ni dok sibuk nak cari pembocor maklumat yang mendedahkan dokumen tersebut, yang puak terlibat dengan skandal PKFZ tu depa tak sibuk nak cari pulak. Kalau boleh perbodohkan rakyat, selama itulah depa akan teruskan sikap bodoh membodohkan.
Hangpa toksah la nak buat wayang siasatan macam Khir Toyol dok buat tu..., alih-alih dok pi bersembang sampai 6 jam, apa haram satu pun takdak tindakan. Berlakon boleh la... lepaih ni semua akan senyap dengan harapan rakyat Malaysia akan lupa. Itulah trend siasatan di Malaysia.
18 kes berprofail tinggi apa cerita, itukan salah satu contoh dan bukti yang menunjukkan budaya siasatan di Malaysia. Apa yang nak dihairankan dengan apa yang anak ustaz tajwid ni cakapkan, pasai tu khidmat lakonan dia diperlukan untuk setahun lagi.
La ni apa yang cheq nak tau dan tak terkecuali jugak semua rakyat 1Malaysia nak tau siapakah individu-individu Bapak Menteri Penyamun yang telah melesapkan RM12 bilion dalam skandal PKFZ itu yang UTAMA.
Kami tak mau tau siapa yang dedahkan dokumen tersebut, itu tak penting bagi kami. Yang penting tolong tangkap dan bicarakan siapakah penyagak yang melesapkan wang rakyat.
1 comments:
Salam dari xUMNO
Itulah Barisan Nasional. Semuanya kaki perompak. Baik UMNO, MCA dan MIC. Depa rebut kuasa untuk rebut duit rakyat. Akhirnya rakyat sengsara dengan kenaikan harga minyak diikuti harga barang lain. Pertama kali PM 1Malaysia tak beri bonus pada kakitangan awam. Rakyat dikemudian.... Kalau macam ni cara Najib alamat habislah UMNO seiirng dengan teori RAHMAN. Dulu masa jadi Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan, FELDA memang aku puji. Tapi bila jadi Perdana Menteri hancus..!! Aku dah mula tak respect kerana nampak apa yang dia buat di kementerian itu untuk dapatkan jawatan PM.
Post a Comment