UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, August 19, 2010

Dialog Ramadhan Dengan Allah.

Ramadhan bulan mulia. Bersyukurlah kerana kita semua masih berpeluang merasainya pada tahun ini berbanding dengan saudara2 kita yang telah kembali kepada-Nya.

Di akhirat kelak, semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama, sementara amal kejahatan kelihatan amal buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt.

Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?

Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang pengamal puasa di bulan ini.

Allah lantas memperkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Disamping itu ada satu tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di Syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak.

Allah bertanya : Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?

Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus.

Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya’qut. Setiap Bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Subhanaallah… Maha hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Oleh yang demikian, marilah bersama kita berpuasa dengan sepenuh kesempurnaan “puasa”. Janganlah sesekali membiarkan diri kita daripada berpuasa sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja. Hayatilah erti kata puasa yang sebenarnya dan amalkanlah PUASA dengan sebaik-baiknya.

AMAT rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP