UdangLipan. Powered by Blogger.

Thursday, July 30, 2009

Altantuya: Bernas Pun Di Lacurkan.


Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.

Hakikatnya hari ini jika Bernas gagal dipertahankan dan terlepas ke tangan Cina Hong Kong ternyata dasar-dasar Malaysia Inc yang diagung-agungkan oleh Che Det dan Daim Zainudin selaku penasihat ekonomi dan Menteri kewangan ketika itu telah gagal. Malaysia Inc. hanya memperkayakan yang kaya dan menindas yang miskin.

Dahulu kita bangga hampir setiap bulan Malaysian Business Magazine galak menyenaraikan jutawan-jutawan Melayu seperti Tajudin Ramli, Wan Azmi Wan Hamzah, Amin Shah Omar Shah, Shamsudin Abu Hasan dan ramai lagi tetapi di manakah mereka hari ini? Mereka tenggelam apabila Che Det dan Daim tenggelam dan rupa-rupanya mereka ini hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Cheq petik dari Bloq Mummy Rokiah. Banyak maklumat berkenaan Bernas yang telah di lacurkan oleh kerajaan malaysia.

UdangLipan: Patut la.... depa kata umno ni boleh pi "Jahanam".

Read more...

Wednesday, July 29, 2009

Altantuya: Banyaknya BABI???

DISTRIBUTION OF PIGS ACCORDING TO FARM SIZE
Year : 200
8

Negeri SPP according to farm size Total
<=100 101-500 501-1,000 1,001-2,000 2,001-5,000 5,001-10,000 >10,000
Perlis 0 0 0 1,200 0 0 0 1,200
Kedah 0 200 1,800 0 0 0 0 2,000
Penang 652 9,703 51,139 82,165 101,207 24,600 22,771 292,237
Perak 568 5,980 10,951 40,698 141,087 164,151 125,660 489,095
Selangor 0 970 17,380 117,761 78,420 28,030 15,080 257,641
N.Sembilan 0 0 0 1,300 0 0 0 1,300
Malacca 112 2,206 15,251 23,119 31,390 5,408 0 77,486
Johore 0 1,247 6,010 7,400 61,100 68,300 161,400 305,457
Pahang 0 0 1,000 0 0 5,600 0 6,600
Trengganu 0 0 0 0 0 0 0 0
Kelantan 552 0 0 0 0 0 0 552
Sabah 0 4,836 3,938 1,218 8,216 38,083 26,965 83,256
Sarawak 2,315 10,113 25,052 34,823 43,507 38,499 133,682 287,991
Jumlah: 4,199 35,255 132,521 309,684 464,927 372,671 485,558 1,804,815
% 0.2 2.0 7.3 17.2 25.8 20.6 26.9 100

DISTRIBUTION OF PIG FARMS ACCORDING TO FARM SIZE
Year : 200
8

Negeri Number of farms according to farm size Total farms SPP
<=100 101-500 501-1,000 1,001-2,000 2,001-5,000 5,001-10,000 >10,000
Perlis 0 0 0 1 0 0 0 1 1,200
Kedah 0 2 2 0 0 0 0 4 2,000
Penang 11 34 68 60 37 4 2 216 292,237
Perak 13 20 14 27 47 23 8 152 489,095
Selangor 1 3 21 73 30 4 1 133 257,641
N.Sembilan 0 0 0 1 0 0 0 1 1,300
Malacca 2 6 21 16 12 1 0 58 77,486
Johore 0 3 7 5 18 10 8 51 305,457
Pahang 0 0 1 0 0 1 0 2 6,600
Trengganu 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Kelantan

126 backyard farms

552
Sabah 0 18 6 1 5 14 3 47 83,256
Sarawak 32 43 31 24 12 6 3 151 287,991
Jumlah: 59 129 171 208 161 63 25 816 1,804,815
% 7.2 15.8 21.0 25.5 19.7 7.7 3.1 100 100

[Main Page]

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 04 April 2009 05:54 )

Sumber dari
: WWW.PENDEKARBLOGGER.COM

Ramai ke orang Cina yang makan babi di Malaysia ni.? Patut la Kerajaan susah sangat nak bertindak, pasai perniagaan penternakan babi ni amat menguntungkan.

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Manek Urai: Kenyataan Bebal Si Mendeliar.

Dulu dah kecoh dah pasai perlantikan mamak ni sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), sapa lagi kalau bukan kawan baik menantu PakLah si KJ tu.

La ni mamak Reezal Merican Naina Merican ni dok buat kenyataan kononnya isu kematian Teo Beng Hock (TBH) sebagai agenda politik Pakatan Rakyat untuk menyemai sikap benci kepada Kerajaan dan menimbulkan isu perkauman.

Awat la dari zaman KeSultanan Melaka sampai la ni... gang mamak mandeliar ni suka sangat buat adu domba dan melagakan orang. Buat pengetahuan hang mamak Reezal oooiii... isu ini memang isu politik pun, sebab TBH tu Setiausaha Politik dan kes yang melibatkan dia di siasat pun berkaitan politik juga.

Kalau hang yang bertaraf Presiden GPMS dah tak boleh pikiaq perkara ni, lebih baik hang tutup mulut dan butakan mata hang tu. Lebih baik hang tumpukan perhatian dan pikiaq macam mana hang seorang Mamak Mendeliar boleh jadi Presiden GPMS, hang tu Melayu ka?

Kalau GPMS tu bermaksud Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung maka layaklah hang di lantik sebagai Presidennya, kalau bukan lebih baik hang pi bangunan Plaza Masalam naik tingkat 14, lepaih tu hang terjun ke bawah.

Jadi hang toksah la nak bodek dan meraih populariti dengan membuat kenyataan yang bodoh lagi bebal. Yang betuinya hang tak layak jadi Presiden GPMS kerana hang bukannya Melayu. Sedaq diri sikit ooiiiiii..... pi periksa DNA hang dulu Mamak ka? atau Melayu ka?

Dia buat kenyataan bodoh dalam Berita Harian, hangpa pi lah cari sendiri. Cheq meluat sungguh dengan mamak ni.

Read more...

Monday, July 20, 2009

Manek Urai: Petunjuknya ialah Handphone Milik TBH.

Cheq menzahirkan ucapan Takziah kepada keluarga mendiang TBH. Walau apa pun alasan yang di berikan oleh Pak Menteri dan larangan supaya tidak menghuru-harakan isu ini, semuanya tidak menjadi halangan kepada rakyat Malaysia untuk menuntut penjelasan dari pihak berwajib bagi menjelaskan punca kematian mendiang TBH.

Dan hari ini tembelang Mad Said Hamban bos besar SPRM telah terdedah berkaitan dengan kehilangan telefon bimbit kepunyaan TBH. Ianya di sahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Ini bermakna alasan yang mengatakan TBH di bebaskan pada jam 3.45pagi dan menumpang tidur di pejabat SPRM hanyalah rekaan semata-mata.

Mendiang Teoh Beng Hock TIDAK PERNAH dibebaskan pada bila-bila masa kerana segala barang milik mendiang masih berada dalam simpanan pegawai penyiasat SPRM. Ini kenyataan polis sendiri:

Dalam kes ini petunjuk yang tepat ialah telefon bimbit dan barangan peribadi TBH kini masih lagi dalam simpanan pihak SPRM. Jika mendiang benar di bebaskan maka semua barangan tersebut mesti berada pada tubuh badan mangsa sewaktu di jumpai pada jam 1.30pm pada 16/07/2009.

Cheq cuma memantau dari jauh ilmu persilatan Mad Said Hamdan dan Pak Menteri yang mulut depa berbau hancing dalam isu ini. Dan cheq pun nak tau jugak, apa dah jadi dengan 11 anggota polis dari balai polis Subang Jaya yang dipindahkan ke Bukit Aman bagi membantu siasatan kematian OKT dalam tahanan Polis. Awat senyap saja sampai la ni?

Harapan cheq semoga siasatan dalam kes ini biarlah jujur, dan seret pembunuh sebenar ke muka pengadilan, jangan jadi macam kes Altantuya sudah la.

Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai: Hishamuddin atau Musa Hassan, tolong jawap sat...

Awal minggu lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thawon Sennian dilaporkan berkata, Thaksin berjaya melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia sewaktu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Thaworn dilaporkan berkata, dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La.

"Pegawai-pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadiran Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan berjaya melepaskan diri," Thaworn dipetik berkata di Pattani pada 6 Julai lalu.

Selanjutnya malaysiakini

UdangLipan: Siapa yang nak jawap ni Hishamuddin atau Musa Hassan.

Read more...

Manek Urai: Berita Mana Yang Betul, Siapa Yang Masuk Hospital!!!

[KEMASKINI] - Lintas langsung dari Manek Urai, Kelantan sempena hari penentuan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

3.10 petang - Setakat pukul 3 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.

3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.

2.53 petang - Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang - Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.

2.49 petang - Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin

2.46 petang - Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.

2.38 petang - SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Dan kat sini pulak (klik) mengatakan 'Dua Puteri (UMNO) kena baling batu oleh penyokong PAS. Patah gigi dan jahit. Sekarang di hospital. Berlaku di Kampung Peria.'

Cheq: Macam-macam cheghita yang keluaq, mana satu nak percaya pun tak tau la!!! Hang dok kata kat aku, Aku dok kata kat hang.



Read more...

Monday, July 13, 2009

Manek Urai: Undilah TNB

Cheq di fahamkan esok adalah pertandingan 3 penjuru diantara calon PAS, Barisan Nasional dan TNB.

Pastikan kemenangan berpihak kepada TNB, jika tidak seluruh Manek Urai akan terputus bekalan elektrik. Maka bergelaplah hangpa sementara menunggu pilihanraya umum ke 13 nanti.

Gambar sumber: Topeng Perak Unmasked.

Read more...

Manek Urai ~ 11 Hadiah Dan 11 Menghantuinya.


Selain 11 perkara najib sudah umumkan untuk rakyat sebagai gula-gula, namun sebenarnya ada 11 perkara juga yang menghantui najib :-

1) Isu Altantuya terus menghantui najib selagi keadilan dan kebenaran tidak ditegakkan. Mengapa najib tidak menyaman lebih dari 11 akhbar di dunia yang mengatakan beliau terlibat dalam kes pembunuhan altantuya. Dalam http://selamatkanumno.blogspot.com/ undi mengatakan mereka percaya najib bunuh altantuya adalah 75% .

2) Bayangan tun mahathir masih mengganggu najib sebagai PM. Perlantikan anak tun dalam kabinet bukti tun masih menghantui najib. Tun terus mengecam najib sebab mahu mansuhkan DEB, orang Melayu marah. Tun juga berkata 100 hari diperintah najib lebih banyak negatif dari positif.

3) Pelajar-pelajar Unisel menolak 'suaminya' rosmah untuk digugurkan sebagai canselor juga menghantui najib. Mereka menolak ketika menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

4) Pendedahan video bersiri 'rosmah perempuan puaka' terhadap 'suaminya' rosmah turut mengekori najib dan menakutkannya. Ini didedah dalam blog selamatkan umno.

5) Anwar Ibrahim menjadi igauan mimpi ngeri najib yg akan menjadi PM ke 7. Biarpun umno dan media mengatakan Anwar berbohong dan angan-angan mat jenin. Dulu Pak Lah kata kita akan tawan Kelantan tetapi Kelantan masih kekal bawah Pakatan Rakyat, 4 negeri lain pula ditawan Pakatan Rakyat. Adakah Pak Lah berbohong? Pak Lah bukan bohong tapi gagal. Begitu juga Anwar 16 September bukan bohong tapi gagal. Anwar masih menjadi igauan mimpi ngeri najib dan 'suaminya' rosmah.

6) Peristiwa najib pernah berkata dalam perhimpunan umno "akan kita basahkan keris dengan darah cina" masih menghantui najib walaupun sudah umum 1 Malaysia. Orang Cina masih tidak lupa kata-kata najib itu. Malah sokongan kaum cina pada najib semakin merosot.

7) 'Suaminya' rosmah masih haramkan Ziana Zain menjadi artis jemputan dalam semua majlis yang akan dihadirinya. Masihkah kau ingat di sebuah hotel di port dickson najib. Buku 100 dalil mengapa najib tidak boleh jadi PM mendedahkan segalanya. Ia didedah dalam blog selamatkan umno.

8) Tengku Razaleigh berkata dalam tempoh 100 hari Najib gagal untuk memulihkan imej kerajaaan. Cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Operasi Dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia supaya diwujudkan satu badan bebas iaitu Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memperkasa dan mengawasi Polis Diraja Malaysia. Najib tidak mengendahkan cadangan ini.

9) Najib tidak hiraukan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja terhadap sedutan rakaman video perbualan VK Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara Ahmad Fairuz Abdul Halim. Sekiranya diberi penegasan ia mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap system penguatkuasaan undang-undang dan badan kehakiman.

10) Isu pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang yang melonjak dari RM1.1 bilion kepada RM12.5 bilion telah berlarutan dan sehingga ke hari ini rakyat tidak nampak yang kerajaan akan mengheret mereka-mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah.

11) Isu pemimpin yang rasuah yang dibuktikan bersalah oleh umno sendiri masih dilantik oleh najib. Contoh perlantikan semula Ketua Menteri Melaka Ali Wira Rustam adalah bukti jelas najib masih simpan pemimpin yang rasuah.

Inilah 11 perkara utama yang masih mengekori dan menghantui najib dan 'suaminya' rosmah.

Dipetik sepenuhnya dari Blog Sharpshooter. Terima Kasih

Read more...

Depa Sendiri Yang Kata Manek Urai umno Bungkuih.

Satu fakta penting yang diberitahu kepada saya mengapa umno akan kalah di Manek Urai, membuat saya terduduk:

Dalam 12 pilihanraya di Manek Urai, angka tertinggi kemenangan PAS ialah 62 peratus undi (ini tahun 1999, semasa Reformasi anwar).

Angka paling tinggi kemenangan Umno ialah 51 peratus dalam 2004 (pak lah menang besar di semua tempat). Masa itu Umno menang dengan 53 undi.

Maknanya, statistik sejarah tak memihak kepada Umno, lebih-lebih lagi rakyat masih condong kepada pembangkang.

Cheq: Hat ni cheq petik dari sini, orang depa sendiri yang kata lagu ni. Bungkuih pi la... cepat sikit.

Read more...

Saturday, July 11, 2009

Manek Urai ~ Muhyiddin Yasin Tertekan.

Cheq tergelak bila baca kenyataan akhbar Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dah ketandusan idea dalam kempen Pilihanraya Kecil Manek Urai.

Awat jadi lagu tu Tan Sri?

Umno dah tak dak bahan nak auta pengundi Manek Urai, di katanya PAS yang bankrap idea kerana memainkan isu royalti minyak Kelantan. Baca di sini.

Dah tu pulak masih tak paham bahasa, PAS dah buat keputusan tak akan adanya "Kerajaan Perpaduan" yang hang dok gatai peliaq masih nak jadi batu api lagi buat apa? Jahat sungguh hangpa no...

Cheq: Menyampah dengan permainan kotoq politik umno, dulu kini dan selama-lamanya.

Read more...

Friday, July 10, 2009

PRK Manek Urai ~ Chedet Sedih, PakLah Kata Baguih.

Tengah dok sibuk menjaga anak cheq yang demam dan lepaih bagi dia makan ubat sat-sat, sempat juga cheq menonton Berita Nasional TV 1 sambil mendodoi anak. Banyak juga perkara yang berlaku hari ini contohnya Rais Yatim kata Pak Menteri semua mesti ada blog masing-masing bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat. Ini adalah kerana medium (blog) ini sudah menjadi trend dan salah satu sumber atau alternatif bagi rakyat mendapatkan maklumat.

Haaa.... baru hangpa tau noooo... peranan blog terhadap politik semasa. Tapi yang tu cheq tak heran sangat pasai... dua tiga bulan lepaih Rais Yatim dah sebut, cuma la ni dia perulangkan
balik apa yang dia cakap sebelum ni.
Yang cheq paling syok pabila Chedet merasa sedih dengan pemansuhan PPSMI, awatnya tak sedih orang tua tu... nak habaq kat hangpa ni, sedih sungguh la Chedet pasai itu idea dia dulu. La ni... semenjak jadi bekaih PM, semua projek, idea atau program yang dia buat dulu habih pakat kena cantaih satu persatu.

Masa zaman PakLah kena cantaih, mai zaman Najib pun kena cantaih jugak ka? Teriak sakan la dia... pasai depa buat lagu kat dia. Dalam berita TV 1 tadi pun ada kenyataan atau komen dari PakLah berkenaan PPSMI ni tapi tak lama la, sat saja depa tayang... orang kata buat syarat saja. Hangpa tau apa PakLah kata " Saya setuju PPSMI dimansuhkan " tup...tup teruih kena potong... sat sangat depa tayang.

Kalau Chedet menonton berita tu, cheq rasa dah tentu bertambah sayu hati dia.... pandai betui media nak perlecehkan Chedet noooo.... kesian kat dia... pasai apa depa layan dia lagu tu... kan ka dia dah tua... hormatlah sikit kat dia...

Kat sini "Bernama" pun dah keluaqkan cerita PakLah pasai PPSMI ni, hangpa pakat baca la kat situ. Anak cheq dah merengek tu... lapaq susu la tuh...

Read more...

Tuesday, July 7, 2009

PRK Manek Urai: Sumbangan RM250juta kepada Zionis Israel?


CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )
Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)
EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)
Sumber dari Chegubard.
Cheq: Dashyat sungguh wayang depa no....

Read more...

PRK Manek Urai: Depa Angkut Apa Tu...?

Hangpa... agak-agak la..., depa ni bawak beg apa di Manek Urai, ishhh.... cheq betoi-betoi nak busybody ni.... pasai dari jalan ceritanya kat sini, lain macam saja bunyinya.

Umno rasa depa boleh menang kut... dalam PRK Manek Urai ni.

Cheq: Kalau depa taboq duit, pengundi Manek Urai semua, hangpa ambik la. Tapi ingat pesan Tok Guru masa pangkah undi nanti, hangpa ingat la Bulan Mengambang. Pasai Dacing la ni dah tak laku lagi.... buat timbang kati kat kedai besi buruk boleh la....

Read more...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP