UdangLipan. Powered by Blogger.

Monday, July 13, 2009

Manek Urai ~ 11 Hadiah Dan 11 Menghantuinya.


Selain 11 perkara najib sudah umumkan untuk rakyat sebagai gula-gula, namun sebenarnya ada 11 perkara juga yang menghantui najib :-

1) Isu Altantuya terus menghantui najib selagi keadilan dan kebenaran tidak ditegakkan. Mengapa najib tidak menyaman lebih dari 11 akhbar di dunia yang mengatakan beliau terlibat dalam kes pembunuhan altantuya. Dalam http://selamatkanumno.blogspot.com/ undi mengatakan mereka percaya najib bunuh altantuya adalah 75% .

2) Bayangan tun mahathir masih mengganggu najib sebagai PM. Perlantikan anak tun dalam kabinet bukti tun masih menghantui najib. Tun terus mengecam najib sebab mahu mansuhkan DEB, orang Melayu marah. Tun juga berkata 100 hari diperintah najib lebih banyak negatif dari positif.

3) Pelajar-pelajar Unisel menolak 'suaminya' rosmah untuk digugurkan sebagai canselor juga menghantui najib. Mereka menolak ketika menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

4) Pendedahan video bersiri 'rosmah perempuan puaka' terhadap 'suaminya' rosmah turut mengekori najib dan menakutkannya. Ini didedah dalam blog selamatkan umno.

5) Anwar Ibrahim menjadi igauan mimpi ngeri najib yg akan menjadi PM ke 7. Biarpun umno dan media mengatakan Anwar berbohong dan angan-angan mat jenin. Dulu Pak Lah kata kita akan tawan Kelantan tetapi Kelantan masih kekal bawah Pakatan Rakyat, 4 negeri lain pula ditawan Pakatan Rakyat. Adakah Pak Lah berbohong? Pak Lah bukan bohong tapi gagal. Begitu juga Anwar 16 September bukan bohong tapi gagal. Anwar masih menjadi igauan mimpi ngeri najib dan 'suaminya' rosmah.

6) Peristiwa najib pernah berkata dalam perhimpunan umno "akan kita basahkan keris dengan darah cina" masih menghantui najib walaupun sudah umum 1 Malaysia. Orang Cina masih tidak lupa kata-kata najib itu. Malah sokongan kaum cina pada najib semakin merosot.

7) 'Suaminya' rosmah masih haramkan Ziana Zain menjadi artis jemputan dalam semua majlis yang akan dihadirinya. Masihkah kau ingat di sebuah hotel di port dickson najib. Buku 100 dalil mengapa najib tidak boleh jadi PM mendedahkan segalanya. Ia didedah dalam blog selamatkan umno.

8) Tengku Razaleigh berkata dalam tempoh 100 hari Najib gagal untuk memulihkan imej kerajaaan. Cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Operasi Dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia supaya diwujudkan satu badan bebas iaitu Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memperkasa dan mengawasi Polis Diraja Malaysia. Najib tidak mengendahkan cadangan ini.

9) Najib tidak hiraukan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja terhadap sedutan rakaman video perbualan VK Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara Ahmad Fairuz Abdul Halim. Sekiranya diberi penegasan ia mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap system penguatkuasaan undang-undang dan badan kehakiman.

10) Isu pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang yang melonjak dari RM1.1 bilion kepada RM12.5 bilion telah berlarutan dan sehingga ke hari ini rakyat tidak nampak yang kerajaan akan mengheret mereka-mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah.

11) Isu pemimpin yang rasuah yang dibuktikan bersalah oleh umno sendiri masih dilantik oleh najib. Contoh perlantikan semula Ketua Menteri Melaka Ali Wira Rustam adalah bukti jelas najib masih simpan pemimpin yang rasuah.

Inilah 11 perkara utama yang masih mengekori dan menghantui najib dan 'suaminya' rosmah.

Dipetik sepenuhnya dari Blog Sharpshooter. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

Rakan Seperjuangan

Subscribe to updates

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP