UdangLipan. Powered by Blogger.

Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai: Berita Mana Yang Betul, Siapa Yang Masuk Hospital!!!

[KEMASKINI] - Lintas langsung dari Manek Urai, Kelantan sempena hari penentuan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

3.10 petang - Setakat pukul 3 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.

3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.

2.53 petang - Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang - Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.

2.49 petang - Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin

2.46 petang - Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.

2.38 petang - SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Dan kat sini pulak (klik) mengatakan 'Dua Puteri (UMNO) kena baling batu oleh penyokong PAS. Patah gigi dan jahit. Sekarang di hospital. Berlaku di Kampung Peria.'

Cheq: Macam-macam cheghita yang keluaq, mana satu nak percaya pun tak tau la!!! Hang dok kata kat aku, Aku dok kata kat hang.



1 comments:

Post a Comment

Sukahati hangpa nak tulih apa pun, Jangan dok maki hamun mencarut cukuplah, hangpa semua dah besaq panjang takan nak kena ajaq kot, boleh pikiaq kot nooo...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP