Manek Urai: Petunjuknya ialah Handphone Milik TBH.
Cheq menzahirkan ucapan Takziah kepada keluarga mendiang TBH. Walau apa pun alasan yang di berikan oleh Pak Menteri dan larangan supaya tidak menghuru-harakan isu ini, semuanya tidak menjadi halangan kepada rakyat Malaysia untuk menuntut penjelasan dari pihak berwajib bagi menjelaskan punca kematian mendiang TBH.
Dan hari ini tembelang Mad Said Hamban bos besar SPRM telah terdedah berkaitan dengan kehilangan telefon bimbit kepunyaan TBH. Ianya di sahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
Ini bermakna alasan yang mengatakan TBH di bebaskan pada jam 3.45pagi dan menumpang tidur di pejabat SPRM hanyalah rekaan semata-mata.
Mendiang Teoh Beng Hock TIDAK PERNAH dibebaskan pada bila-bila masa kerana segala barang milik mendiang masih berada dalam simpanan pegawai penyiasat SPRM. Ini kenyataan polis sendiri:
Dalam kes ini petunjuk yang tepat ialah telefon bimbit dan barangan peribadi TBH kini masih lagi dalam simpanan pihak SPRM. Jika mendiang benar di bebaskan maka semua barangan tersebut mesti berada pada tubuh badan mangsa sewaktu di jumpai pada jam 1.30pm pada 16/07/2009.
Cheq cuma memantau dari jauh ilmu persilatan Mad Said Hamdan dan Pak Menteri yang mulut depa berbau hancing dalam isu ini. Dan cheq pun nak tau jugak, apa dah jadi dengan 11 anggota polis dari balai polis Subang Jaya yang dipindahkan ke Bukit Aman bagi membantu siasatan kematian OKT dalam tahanan Polis. Awat senyap saja sampai la ni?
Harapan cheq semoga siasatan dalam kes ini biarlah jujur, dan seret pembunuh sebenar ke muka pengadilan, jangan jadi macam kes Altantuya sudah la.
2 comments:
terima kasih dengan informasi terkini anda... izinkan baginda panjang2 kan informasi ni lam blog baginda
mcm nak checkmate dh SPRM Pak Menteri dn PDRM...tp biasa la kan..org jahat, konar sana konar sini...
Post a Comment